Ahad, 13 Februari 2011

Web Design Fundamentals

Salam semua..
Catatan kali ni saya kongsikan pula berkenaan asas kepada rekabentuk laman web, hasil pembelajaran dan pemahaman dalam kelas.
Ayuh, pelajari bersama!

Are you ready??
Sebelum membina laman web, kita seharusnya perlu mengetahui beberapa elemen penting. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pembangun-pembangun laman web adalah mengabaikan elemen-elemen asas ini, justeru menyebabkan kekurangan kepada hasil produk (laman web) yang telah dibina. 
Sebenarnya, terdapat 4 apsek utama yang mempengaruhi rekabentuk sesuatu laman web itu. Ianya adalah :
  1. Kandungan
  2. Teknologi
  3. Visual
  4. Ekonomi
Kebanyakan laman web mempunyai kecacatan tertentu seperti :
  • kekeliruan/kesukaran dalam menggunakannya
  • rekabentuk laman web yang agak keterlaluan, menjadikan kandungan tenggelam disebalik rekabentuk yang dibina
  • masa untuk memuat turun sangat lambat
Justeru, dalam merancang rekabentuk laman web, kita perlu memastikan laman web yang bakal dibina mesti:
  • disusunatur dengan sangat baik
  • navigasinya tidak rumit
  • masa memuat turut pantas
Semoga panduan yang dipalajari ini boleh membanti kita dengan sebaiknya dalam merekabentuk laman web yang akan dibina. 

Saya akan kongsikan bersama 3 bahagian utama dalam rekabentuk laman web dalam catatan akan datang. Nantikan apa itu Information Design, Interaction Design, dan Interface Design (Visual or Presentation Design)
Tunggu...

Process in Project Management : Siri 2

Salam kawan-kawan. Lama juga rasanya jari ini tak menulis untuk lakarweb.blogspot. Entah apa yang sibunknya sampai tak berkesempatan nak menulis catatan baru..

Hari tu. kita telah pun berbincang tentang apa itu pre-production, dan apa proses-proses yang terlibat di dalam fasa itu. Kini, kita bincangkan pula lagi dua fasa pembangunan laman web iaitu Constructing (production) dan Testing (post-production).

Untuk fasa Production atau dikenali juga sebagai contructing, beberapa proses terlibat di dalamnya. Antaranya ialah :
  • Kajian berkenaan kandungan laman web yang bakal dibina
  • Rekabentuk antaramuka
  • Pembangunan grafik
  • Pembangunan animasi
  • Rakaman audio
  • Penghasilan/pengubahsuaian video
  • Memulakan pengaturcaraan laman web yang dibina.

Bagi Fasa Post-production pula, ianya melibatkan proses-proses seperti :
  • Pengujian dan Penilaian - adakah kandungan laman web bertepatan dengan target pengguna, adakah ianya mudah digunakan oleh pengguna, adakah ianya berfungsi dengan betul?
  • Dapatkan respon dari pengguna
  • Ulangkaji atau semak produk (laman web) yang dihasilkan
  • Pendokumentasian produk


Selepas membincangkan tentang 2 Fasa di atas, Dr J menerangkan pula kepada kami tentang Web Development Team. Secara asasnya, web development team seharusnya mempunyai kemahiran :
  • project management
  • content
  • programming
  • architektur dan rekabentuk.
Siapa mereka?

Ahli di dalam web development team mungkin terdiri daripada :


Apa tugas-tugas mereka?
Secara ringkasnya, skop bidang setiap ahli di dalam web develepment team adalah seperti dalam rajah di bawah :


Jumpa lagi di topik akan datang (^_^)~