Ahad, 13 Februari 2011

Process in Project Management : Siri 2

Salam kawan-kawan. Lama juga rasanya jari ini tak menulis untuk lakarweb.blogspot. Entah apa yang sibunknya sampai tak berkesempatan nak menulis catatan baru..

Hari tu. kita telah pun berbincang tentang apa itu pre-production, dan apa proses-proses yang terlibat di dalam fasa itu. Kini, kita bincangkan pula lagi dua fasa pembangunan laman web iaitu Constructing (production) dan Testing (post-production).

Untuk fasa Production atau dikenali juga sebagai contructing, beberapa proses terlibat di dalamnya. Antaranya ialah :
  • Kajian berkenaan kandungan laman web yang bakal dibina
  • Rekabentuk antaramuka
  • Pembangunan grafik
  • Pembangunan animasi
  • Rakaman audio
  • Penghasilan/pengubahsuaian video
  • Memulakan pengaturcaraan laman web yang dibina.

Bagi Fasa Post-production pula, ianya melibatkan proses-proses seperti :
  • Pengujian dan Penilaian - adakah kandungan laman web bertepatan dengan target pengguna, adakah ianya mudah digunakan oleh pengguna, adakah ianya berfungsi dengan betul?
  • Dapatkan respon dari pengguna
  • Ulangkaji atau semak produk (laman web) yang dihasilkan
  • Pendokumentasian produk


Selepas membincangkan tentang 2 Fasa di atas, Dr J menerangkan pula kepada kami tentang Web Development Team. Secara asasnya, web development team seharusnya mempunyai kemahiran :
  • project management
  • content
  • programming
  • architektur dan rekabentuk.
Siapa mereka?

Ahli di dalam web development team mungkin terdiri daripada :


Apa tugas-tugas mereka?
Secara ringkasnya, skop bidang setiap ahli di dalam web develepment team adalah seperti dalam rajah di bawah :


Jumpa lagi di topik akan datang (^_^)~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan