Rabu, 19 Januari 2011

Tugasan...fahami teori Konstruktivisme

Sebelum tamat kelas 17 Jan, Dr sempat ingatkan kami supaya cari maklumat dan dalami tentang teori pembelajaran Konstruktivisme. Kebetulan dah ada maklumat tentang ini, jadi saya tuliskan di sini sebagai perkongsian kita bersama.  Harap ianya dapat membantu kita semua, terutamanya diri saya sendiri (^_^)~

Konstruktivisme merupakan suatu penjelasan bagaimana pelajar belajar dan membina pemahaman yang bermakna tentang alam sekeliling mereka.

Konstruktivisme terbahagi kepada beberapa prinsip utama :
  • Pengetahuan dibina secara aktif oleh pelajar
  • Pelajar bukan penerima pasif pengetahuan
  • Pelajar pembina aktif (konstruk) strukutur pengetahuan
  • Bukan pengisian otak kosong pelajar
  • Bukan tentang pemerolehan idea baru, tetapi tentang pelajar membina atau merubah idea mereka yang sedia ada
  • Pelajar bina pengetahuan sains yang baru dgn cara mereflek tindakan fisikal & mental mereka
  • Pelajar cuba mendapat pemahaman tentang pengalaman baru mereka dan fenomena dengan cara membentuk atau membina makna tentang perkara tersebut
  • Untuk belajar, pelajar perlu asimilasikan idea baru atau menyesuaikan idea yang sedia ada.

Pembelajaran dilihat sebagai:
  •  pengubahan idea,
  •  pembinaan & penerimaan idea baru,
  • penstrukturan semula idea sedia ada

Tiada ulasan:

Catat Ulasan