Salam kawan-kawan. Lama juga rasanya jari ini tak menulis untuk lakarweb.blogspot. Entah apa yang sibunknya sampai tak berkesempatan nak menulis catatan baru..
Hari tu. kita telah pun berbincang tentang apa itu pre-production, dan apa proses-proses yang terlibat di dalam fasa itu. Kini, kita bincangkan pula lagi dua fasa pembangunan laman web iaitu Constructing (production) dan Testing (post-production).
Untuk fasa Production atau dikenali juga sebagai contructing, beberapa proses terlibat di dalamnya. Antaranya ialah :
- Kajian berkenaan kandungan laman web yang bakal dibina
- Rekabentuk antaramuka
- Pembangunan grafik
- Pembangunan animasi
- Rakaman audio
- Penghasilan/pengubahsuaian video
- Memulakan pengaturcaraan laman web yang dibina.
Bagi Fasa Post-production pula, ianya melibatkan proses-proses seperti :
- Pengujian dan Penilaian - adakah kandungan laman web bertepatan dengan target pengguna, adakah ianya mudah digunakan oleh pengguna, adakah ianya berfungsi dengan betul?
- Dapatkan respon dari pengguna
- Ulangkaji atau semak produk (laman web) yang dihasilkan
- Pendokumentasian produk
Selepas membincangkan tentang 2 Fasa di atas, Dr J menerangkan pula kepada kami tentang Web Development Team. Secara asasnya, web development team seharusnya mempunyai kemahiran :
- project management
- content
- programming
- architektur dan rekabentuk.
![]() |
Siapa mereka? |
Ahli di dalam web development team mungkin terdiri daripada :
Secara ringkasnya, skop bidang setiap ahli di dalam web develepment team adalah seperti dalam rajah di bawah :
Jumpa lagi di topik akan datang (^_^)~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan