Ahad, 3 April 2011

Pengujian dan Penilaian (Testing and Evaluation)

Assalamualaikum w.b.t  semua. 
Ya Allah, lama juga tak menulis di blog ni.. memang  lama lah. .
Takpe2, sekarang saya datang dengan entry yang baru. 
Minggu lepas, sebelum habis kelas, Yang Berhormat Dr J ada pesan untuk cari beberapa perkara. 

Antara perkara yang Dr J minta kami dapatkan adalah:
1) Apakah beza di antara pengujian (testing), dan penilaian (evaluation) ? 
2) Apakah jenis pengujian (testing) yang diperlukan untuk uji laman web?
3) Jenis penilaian (fokus kepada teknik melakukan penilaian ke atas laman web).


      Jom, kita baca sama-sama (^_^). 
      Apa beza di antara pengujian (testing), dan penilaian (evaluation)?

Penilaian ke atas website merangkumi skop yang agak  meluas seperti rekabentuk semasa pembangunan, keberkesanan strategi, persembahan laman web dan sebagainya.

Pengujian pula mempunyai skop yang lebih khusus, antaranya:
a)  Pengujian Pembangunan
- Berasaskan spesifikasi yang telah ditetapkan

b) Pengujian Penerimaan
- Mengikut piawai yg disetujui oleh kedua-dua belah pihak
- Pengujian sistematik merangkumi semua aspek aplikasi
 
Pengujian ke atas laman web terbahagi kepada jenis-jenis yang tertentu, iaitu:

1.  Peer review
-Mudah dilakukan
-Mempertingkatkan kualiti
-Komen yang menyeluruh

2. Kumpulan sasaran

-Kerap digunakan bagi tujuan pasaran
-Persembahan konsep projek
-Tujuan mendapat ramalan reaksi projek
-Rekabentuk dapat diubahsuai pada peringkat awal

3.
Prototype
Kebaikan:

-Meramal aplikasi keseluruhan
-Jika keperluaan pengguna sukar dikenalpasti
-Mendedahkan kelemahan aplikasi
-Mengatasi masalah diperingkat awal
-Alat pemasaran, demonstrasi dan promosi
-Mengurangkan risiko

4.
Usability Test (Ujian kepenggunaan)
-Perisian siap sepenuhnya
-Memastikan aplikasi dapat digunakan sepenuhnya 
        
        Faktor yang diperhatikan:
-Daya penggunaan(masa dan usaha yang diperlukan)
-Daya pemprosesan(kelajuan, bilangan kesalahan yang wujud)
-Fleksibiliti: kesenangan menggunakan aplikasi
-Sikap: Pandangan pengguna

5. Pengujian α (alpha)

-Dilakukan secara internal
-Mengesan bugs (gangguan), kefungsian bagi setiap button atau pautan
-Ahli dari perbagai pihak
-Mengumpul sebanyak mungkin kritik dan kelemahan

6. Pengujian β (beta)

-Melibatkan pengguna sebenar
-Diedarkan pada peringkat pembangunan yang terakhir
-Diedarkan kepada pelanggan yang ada potensi
-Melibat sample yang ramai untuk mengumpulkan sebanyak mungkin data.

     Apa pula jenis penilaian yang ada?
      Dua jenis penilaian yang sering kita dengar adalah penilaian Formatif dan penilaian Sumatif. Namun sebenarnya terdapat dua lagi jenis penilaian iaitu penilaian Iluminatif dan penilaian Integratif. 
    
Penilaian Formatif bertujuan untuk mempertingkatkan rekabentuk laman web yang telah dibina sebagai pembelajaran berasaskan komputer (PBK)

Penilaian Sumatif digunakan untuk menolong pengguna dalam memilih jenis PBK yang akan digunakan dan tujuan PBK tersebut.

Penilaian Iluminatif pula merangkumi faktor kepentingan penggunaan yang tersembunyi dalam situasi tertentu.

Penilaian Integratif adalah untuk menolong pengguna dalam penggunaan PBK dengan sebaik mungkin.

Kebiasaanya, penilaian Formatif dan Sumatif menjadi pilihan untuk menilai sesuatu web yang telah dibangunkan. Justeru, mari kita dalami dua kaedah penilaian ini bersama-sama..

PENILAIAN FORMATIF
-Dilakukan disepanjang proses pembangunan perisian / laman web

a) Tujuan: Menjamin pembangunan perisian supaya dapat memenuhi citarasa pengguna serta memenuhi objektif pembelajaran.

b) Membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sesebuah sistem / laman web yang dibangunkan.

C) Dikendalikan oleh kumpulan pembangun perisian/ laman web

d) Teknik Melaksanakan Penilaian Formatif:
1. Pemerhatian
2. Temubual
3. Soal selidik
4. Pengambilan bahagian oleh pengguna
5. Kumpulan fokus
6. Pemanduan dalam perisian
7. Penilaian dengan menggunakan Pensil & Kertas
8. Penilaian pakar
9. Penilaian penggunaan



PENILAIAN SUMATIF
a) Tujuan: Membolehkan pihak yang membuat keputusan untuk menilai sistem itu berdasarkan cara pilihan, keberkesanan pencapaian kos, atau, keuntungan.

b) Dilaksanakan di akhir projek pembangunan perisian/laman web

c) Penilai berminat untuk mengetahui serta memaklumkan kepada pembina/pengguna tentang apa yang baik dan kurang baik, apa yang perlu diubah atau dikekalkan.


d) Dikendalikan oleh penilai luar projek.
 
e) Teknik Melaksanakan Penilaian Sumatif
-Penilaian pada keadaan sebenar
-Teknik soal selidik, pemanduan dalam perisian dan penilaian pakar

Jadinya, inilah perkara-perkara yang perlu kita ketahui di dalam fasa pengujian dan penilaian. Kedua-dua elemen ini sangat penting dan harus dilakukan oleh setiap pembangun bagi memastikan laman web mereka memenuhi kehendak dan piawaian yang telah ditetapkan. 
Jumpa lagi semua (^_^)~
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan