Isnin, 2 Mei 2011

Web Design Fundamentals: Part II

Salam kawan-kawan..Ya Allah..pejam celik pejam celik dah dekat nak hujung sem dah kita ni kan..
Blog mesti dah banyak content punyalah..ha'ah, memang banyak..dalam mimpi...ish ish..ajai ajai..
Jangan disalahkan masa..dah memang fitrah masa tak menunggu manusia..Sound diri sendiri ni (^_^)!

Ok jom kita sambung perbincangan yang tak habis sebelum ni. Ingat tak saya pernah kata saya nak sambung perbincangan tentang Information Design, Interaction Design, dan Visual Design?  Ketiga-tiga perkara ni termasuk di bawah perkara asas dalam membina laman web. 

Baiklah, kita masuk dulu tentang Information Design atau Rekabentuk Informasi.

Information Design



Apa pentingnya rekabentuk ini? Mungkin itu antara persoalan yang menerjah di fikiran kita sebelum ini. 
Rekabentuk Informasi ini sememangnya sangat diperlukan bagi merancang dan membentuk segala jenis maklumat yang ingin diletakkan di dalam laman web yang dibina. Ia bukan direka sebarangan, tetapi maklumat atau informasi mestilah bertepatan dengan keperluan pengguna laman web. 
Selain menyusun apakah informasi yang ingin diletakkan, pembangun laman web juga perlu merekabentuk cara terbaik dalam memastikan informasi dapat disampaikan kepada pengguna dengan efektif dan berkesan. 

Terdapat lima perkara yang perlu diberi perhatian dalam merekabentuk informasi bagi sesebuah laman web. Lima perkara tersebut adalah:

 1) Message : What information do you wish to share?
 2) Audience: Whom do you wish to share your message with?
 3) Purpose: How and why do you want to share your message with the audience?
 4) Background: What does your intended audience already know about the subject you are discussing.
 5) Structure: How can your message be organized most effectively?

Apakah cara atau strategi terbaik untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna alamn web?. Ianya bergantung sebenarnya kepada jenis pengguna. Sebagai contoh, di dalam konteks laman web pendidikan, pembangun boleh memilih mana-mana strategi penyampaian berasaskan kepada Web Based Learning. Antara strategi yang ada adalah Pembelajaran Berasaskan Senario, Pembelajaran Berasaskan Masalah, Pembelajaran Berasakan Eksplorasi, dan lain-lain lagi. 

Di dalam merekabentuk informasi bagi laman web pendidikan juga, pembangunan harus bijak memilih teori pembelajaran yang sesuai. Antara teori pembelajaran yang boleh digunakan adalah Behaviourism, Kognitif, dan Konstruktivism (saya ada ceritakan tentang teori Konstruktivisme sebelum ini). 

Begitulah sedikit sebanyak berkenaan Rekabentuk Informasi bagi laman web. 
Saya akan sambung perbincangan berkenaan Interaction Design dan Visual design pada entry yang akan datang. 
Ye, akan disambung. (peringatan pada diri ni sebenarnya..haha (^_^)~
Jumpa lagi semua..Salam~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan