Rabu, 19 Januari 2011

Tugasan...fahami teori Konstruktivisme

Sebelum tamat kelas 17 Jan, Dr sempat ingatkan kami supaya cari maklumat dan dalami tentang teori pembelajaran Konstruktivisme. Kebetulan dah ada maklumat tentang ini, jadi saya tuliskan di sini sebagai perkongsian kita bersama.  Harap ianya dapat membantu kita semua, terutamanya diri saya sendiri (^_^)~

Konstruktivisme merupakan suatu penjelasan bagaimana pelajar belajar dan membina pemahaman yang bermakna tentang alam sekeliling mereka.

Konstruktivisme terbahagi kepada beberapa prinsip utama :
  • Pengetahuan dibina secara aktif oleh pelajar
  • Pelajar bukan penerima pasif pengetahuan
  • Pelajar pembina aktif (konstruk) strukutur pengetahuan
  • Bukan pengisian otak kosong pelajar
  • Bukan tentang pemerolehan idea baru, tetapi tentang pelajar membina atau merubah idea mereka yang sedia ada
  • Pelajar bina pengetahuan sains yang baru dgn cara mereflek tindakan fisikal & mental mereka
  • Pelajar cuba mendapat pemahaman tentang pengalaman baru mereka dan fenomena dengan cara membentuk atau membina makna tentang perkara tersebut
  • Untuk belajar, pelajar perlu asimilasikan idea baru atau menyesuaikan idea yang sedia ada.

Pembelajaran dilihat sebagai:
  •  pengubahan idea,
  •  pembinaan & penerimaan idea baru,
  • penstrukturan semula idea sedia ada

Process in Project Management

17 Jan 2011, kelas berjalan seperti biasa. Hari ni belajar berkenaan Process in Project Management. Tiga fasa utama yang telibat dalam proses ini iaitu
  • Planning
  • Construct
  • Testing

Menurut Dr, proses ini juga boleh dipecahkan kepada tiga bahagian lain iaitu :
  •  Pre-production
  •  Production
  •  Post-production

Seperti biasa, ada perbincangan secara berkumpulan, Dr minta kami untuk kenalpasti apa sebenarnya proses yang terdapat di dalam fasa pre-production ni. Hasil dari perbincangan saya bersama Eija dan Kak Mariani, kami mendapati ada tiga proses yang terlibat dalam fasa pre-production ni.
Ianya adalah :

Acceptance  ---------> Discovery  ----------> Definition

Acceptance: assign initial players to the project and deliver a high level brief to the team.

Discovery: identify purpose, goals, target audience, and content. Client and production team meet to initiate the project and begin to research the overall goals and objective. 

Definition: client and production team meet with a goal to establish the project requirements and plan out the production phase.

Untuk keterangan yang lebih jelas, boleh rujuk slide Dr . Terdapat persoalan-persoalan yang boleh guide kita dalam melaksanakan fasa planning atau pre-production ni.
Ingat, lebih kurang 70% kerja pembangunan web adalah fasa perancangan.

If We fail to plan, WE plan to fail....